so sweet


Isnin, 25 Jun 2012

mencari secebis kekuatan...~

بسم الله الرحمن الرحيم


Tika ku memandang langit
Hati memujuk....'ALLAH bersamamu'
Kini saat berduka
Ku cuba memandang langit
Mencari suara pujukan itu
Tapi tiada kedengaran
Yang dirasai
Hanyalah perasaan kecewa
Kecewa kerana semakin jauh denganNYA !

.....ALLAH.....
Mereka kata susah untuk menggapai redhaMU
Kini aku fahami !
Mereka kata sukar untuk istiqamah
Kini aku mengerti !
Mereka kata manusia itu takkan lari dengan dosa
Kini aku sedari !

Aku juga manusia
Sama seperti mereka
Sama seperti kamu
Mempunyai perasaan
Mempunyai nafsu

TAPI
Aku tak mahu jadi seperti mereka
Mereka yang sering melupakan janji dengan khalikNYA !
Mereka yang sering bertuankan nafsunya !
Mereka yang sentiasa leka dengan nikmat dunia!

Diri ini terlalu mengagumi hambaMU,
HambaMU yang istiqamah dengan kebaikan dirinya
HambaMU yang tidak pernah meninggalkan solat malam
HambaMU yang tidak lekang dari membasahi bibirnya dengan berzikir
HambaMU yang sentiasa mengisi masa lapangnya dengan perkara yang bermanfaat !
Ya Allah
Mampukah aku jadi seperti mereka ?
Mampukah aku istiqamah,
Menjadi HambaMU yang kau redhai ?


Maafkan aku sahabat
Diri ini tidak mampu membelamu
diri ini tidak mampu membimbingmu
AKU MASIH TIDAK KUAT !
Kadang terasa diri tidak layak

Diri ini malu mengaku berada di atas jalan dakwah
Diri ini malu untuk mengaku melakukan kerja Rasulullah

Mungkin saat ini
Ku perlukan kekuatan
Kekuatan untuk membimbingku
Kembali dekat denganNYA
Ku perlukan dakapan yang tidak putus-putus memberi kekuatan
Tiada yang lain
MelainkanNya !


.....ALLAH.....
Hati kecil ku menjerit
Hati kecil ku meraung
AKU INGIN BERUBAH !
REDHAMU YANG INGIN KU CARI !

Biarpun Jauh,
Biarpun Lama,
Biarpun banyak yang perlu ku korbankan
Demi Matlamat itu,
Aku akan teruskan usaha ......!!



"KEkUAtan UsAh diTUnggU tAPi hArUs diCAri"