so sweet


Rabu, 27 April 2011

Jangan Terlalu Memilih......

ha! hari2 mood aq mcm tut!!!! ajew.....serbe xkena....rasa mcm nk lari jew dari hidup aq yang sekarang.....
dapat cinta yang btol2 jujur n setia dah pindah-randah.......disebabkan aq yang tak pndai nk m'jaganya....
urmmm.....lepas tu baru nk rasa m'nyesal,lari masuk bilik cari tisu dan turus melalak(macam bayi)
arrrhhh.....bowinknya.......

Nak bercinta pn mcm nk histeria aje....xsuke la mcm niey......knpa asyik putus ajew...bile nak bahagia mcm nie...kan....urrrmmm.......aku dah cuba untuk sayang n buat terbaek untuk die...tapi knpa die xpham....urmm....selalu jadi lagu ni...geram sungguh kan.....

Nak tnya kowng la kan.......kat mna kowg simpan KASIH SAYANG kowg at awek/pakwe kowg.....
tapi pelik...kasih sayang kowg boleh maen kongsi2 plak...... cakap setia...tapi tak pun.....jangan la kowg m'nilai rupa yg cantik atau tak....tu semua bukan boleh m'bawa k'bahagiaan......
nilai la...hati seseorang tu...baek atau pn buruk....niey tak....nk yang cantik,seksi...tapi hati xcntik mcm rupe dia...buat ape kan....urmmmm..........


> BERCINTA MEMILIH HATI
BUKAN MEMILIH RUPA
ingat rupa yang cantik xboleh membawa kebahagiaan....
hati yang suci akan kekel hingga akhir hayat.......

Jumaat, 22 April 2011

kalau dah nama perempuan!

sekeras mana pun hati,se-tomboy mana pun perwatakan,sekasar mana pun bahasa,yang perempuan tetap perempuan.hati tetap tersentuh kalau dicuit.kalau kena marah,tetap terkesot hati.kalau diperli mahu ketat muka,kalau dimarah konfem merah mata.

aku?kalau kena marah dengan mak,aku diam.diam,tahan sebak dalam hati,tapi mata dah bergenang.jarang sekali aku lari masuk bilik lepas tu hempas pintu.bukan cara aku.aku perempuan yang nampak kasar,luarannya.tapi dalam hati ada taman.ehhhhh...

perempuan,hati dia lembut.cakap baik-baik dengan dia,sure dia dengar.jangan ditengking perempuan,nanti dia hilang hormat.jangan dipermainkan hati dia,nanti dia hilang percaya.jangan dimarahinya,nanti dia marah kau balik.kau nak?

ada orang kata aku jenis tak kisah,tapi sebenarnya aku sangat ambil kisah(i know u reading this).i am care too much.aku suka sibuk dengan hal orang.tapi tu lah,perempuan.memang suka mengambil tahu.suka jaga tepi kain orang.eh tak,aku bukan macam tu.aku cuma menilai orang dari mata hati aku.

kalau dah namanya perempuan,tak payah lah diubah apa yang ada.biarkan begitu.kau suka ke kalau orang label kau dengan perkataan tidak patut?kau suka orang pandang serong pada kau?walaupun kau hidup dalam dunia kau sendiri,jangan sampai terlencong.susah nak kembali nanti.

dan kalau dah namanya perempuan,biasalah menangis sambil kupas bawang kan?

Khamis, 21 April 2011

untuk mu.....makcik2 yg suke m'gumpat......!

ha! knpe aq bt psal cite nie........kowg nk thu....makcik2 at umah aq tu perh!!! mulut...berbisa dorh....!!! klau psai anak2 orang smua nk amek thu.......anak sndiri xreti nk jaga......geram kan...kdang2 aq pn diorng nk amek thu...ape msalah diorg pn aq xthu.....masalah negara btol....sampai aq pn nek m'yampah......!

Isnin, 4 April 2011

Menyampah....! geramnya......eeerrrhhh!!

kwan2 aku yang baru lepas ambil keputusan SPM tuh,mesti ramai tengah menyampah kan..hahaha masa ni ler korang nk jadi artis..Asyik kena tanya soalan yang sama je..Aku memang tak boleh tahan!! tension.....! adoiyai.....! 

Ahad, 3 April 2011

Kenapa Putus Cinta?

Kali ini aku ingin menyenaraikan beberapa sebab/isu di pihak lelaki yang menjadi punca utama putusnya sesebuah hubungan cinta itu. Ini adalah perkara biasa dalam setiap lelaki biasa yang ada pada masa kini.
  1. Lelaki tidak lagi merasakan kekasihnya cantik dan menarik. Aku guna perkataan ‘merasakan’ ni sebab benda ni macam tak berasas. Kadang-kadang si perempuan takde pun berubah apa-apa, tapi pada mata kekasihnya dia tiba-tiba kelihatan kurang menarik.
  2. Lelaki ingin berfoya-foya dan tidak mahu ketinggalan mengecapi keseronokan dunia. Dalam diri lelaki, memang ada sifat dan perasaan ingin mempunyai perempuan lain dan ingin melakukan pelbagai perkara yang biasanya memang mendatangkan masalah sekiranya pasangan mereka tahu akannya. Itu memang lumrah. Yang membezakan pasangan bagus dan tidak bagus adalah mereka yang mampu mengawal perasaan tersebut dan tidak mengendahkannya.
  3. Lelaki merasa bosan terhadap pasangannya. Ada satu tahap lelaki akan cepat merasa bosan bersama pasangannya. Kebosanan ini datang mungkin disebabkan mereka selalu berjumpa, selalu bergaduh, selalu itu dan ini. Rutin boleh menyebabkan kebosanan. Jadi kalau boleh jangan terlalu mengongkong lelaki itu dengan jadual tertentu atau rutin dan berikan sedikit kebebasan padanya.
  4. Lelaki takut akan komitmen. Akan sampai satu tahap bila lelaki akan merasa takut tentang masa depannya. Dalam otak mesti fikir mana nak kerja, gaji berapa banyak dapat nanti, nak kasi duit pada ibu bapa dan sebagainya. Pada tahap ni, perempuan eloklah sangat kurangkan bercakap tentang kahwin dan apa-apa yang berkaitan dengannya sebab ia akan merunsingkan lelaki anda. Beri dia masa untuk berdiri dan mengukuhkan status dia, barulah boleh berbincang tentang perkara yang lebih serius secara mendalam.
  5. Lelaki merasakan diri mereka terkongkong. Rasanya semua orang baik lelaki atau perempuan memang inginkan kebebasan dalam hubungan mereka, maksud kebebasan di sini ialah kalau bercakap/chat/bertegur sapa sekali dalam sehari pun cukup dah.

Pengorbanan

Dalam sesebuah hubungan percintaan, pengorbanan mesti ada. Lima perkara atas ni memang akan terkena pada mana-mana lelaki, kalau tak semua mungkin satu atau dua. Jadi untuk menjadi kekasih yang terhebat itu, pengorbanan mesti dilakukan supaya cinta itu berkekalan. Pengorbanan dalam hal ini adalah dengan tidak mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan kemahuan diri sendiri sahaja sebaliknya memikirkan juga tentang kemahuan dan keinginan pasangan kita. Lelaki akan lebih bersedia untuk berkorban apa sahaja demi cinta apabila mereka melihat ada sinar dan harapan untuk hidup bahagia bersama pasangan mereka kelak.
Bila lelaki tidak kisah apa yang mereka mahukan sekarang dan hanya mementingkan kebahagiaan yang mereka akan kecapi setelah berkahwin nanti, itu bermaksud lelaki itu komited dalam hubungan cinta tersebut. At the end, semuanya datang daripada minda dan pemikiran lelaki itu sendiri samada ingin keseronokan sementara atau kebahagiaan yang berpanjangan.