Dalam hidup, tak semua orang akan suka kita.
Bila orang tak suka kita, kadang-kadang kita akan rasa sedih.
Kita akan tanya, "Kenapa dia tak suka kita? Apa kita dah buat? Jahat sangat ke kita sampai dia tak suka?"
Dalam hidup saya, saya dah jumpa ramai orang yang depan saya sangat baik, tapi belakang saya dia cakap macam-macam.
Apa perasaan saya?
Makin saya dewasa, makin saya belajar yang tak semua orang perlu suka kita. Sebab kita pun tidak dilahirkan sempurna. Jadi, ada orang yang mungkin tidak boleh terima sesuatu yang kita buat atau perkatakan.
Makin saya dewasa, makin saya belajar yang lagi ramai orang yang kutuk saya, lagi banyak pahala yang dapat saya kumpul. Jadi tidak ada sebab untuk saya bersedih.
Makin saya dewasa, makin saya sedar yang orang yang patut kita risau tak suka kita, adalah orang yang memberi makna dalam hidup kita.
Bila orang tak suka saya, saya tak suka membalas dengan melahirkan perasaan yang sama terhadap orang itu. Sebab saya tak suka hati saya dipenuhi perasaan benci dan marah. Sebab bila hati kita dipenuhi perkara2 kotor seperti itu, makin mudah untuk syaitan merosakkan hati kita lagi. Dan bila itu terjadi, kita akan jadi seorang yang tidak disukai Allah dan Rasulullah. Inilah perkara yang patut buat kita sedih.
Kalau awak tak suka saya, tiada apa yang boleh saya lakukan selain meminta maaf. Awak pasti ada sebab mengapa awak tak suka saya. Saya harap awak boleh terima permintaan maaf saya sebab kalau boleh, saya nak hidup awak sentiasa tenang. Hidup dalam perasaan marah dan benci hanya akan membuatkan awak menjadi seorang yang lemah dan tidak gembira.
Bila saya kata saya tak kisah orang tak suka saya, orang ingat saya tak kisah tentang perasaan orang lain. Saya minta maaf jika pendirian saya disalah tafsir. Bukan saya tidak kisah, cuma saya tidak punya masa untuk memikirkan siapa yang benci saya dan siapa tidak. Sebab awak dan saya tahu, hidup ini singkat. Saya harap, jika awak tak suka saya di dunia, kita boleh berbaik di syurga bila kita berjumpa semula nanti. Kerana saya tahu, awak sebenarnya seorang manusia yang baik. :)
Jika ada di luar sana yang merasa sedih kerana ada orang yang tidak suka pada diri, ingatlah, sedangkan Rasulullah yang sempurna akhlak dan sifat pun dibenci dan dikhianati sehingga kini, apatah pula kita manusia yang lemah.
Semoga kita semua hidup dalam keadaan sayang menyayangi, dan hanya mahukan yang terbaik untuk semua.
Ameeen...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan