so sweet


Ahad, 10 Julai 2011

SEDIH SANGAT TENGOK BOYFRIEND BERSANDING DENGAN PEREMPUAN YANG JAUH LEBIH CANTIK DARI KITA.


Habis kecoh satu rumah bila pengantin lelaki tak muncul tiba. Aku pun tumpang panik. Selalu tengok dalam cerekarama je tapi kali ni jadi betul-betul depan mata aku.

Sedih tengok pengantin perempuan. Cantik, baik, anggun pula berbusana pengantin. Aku kenal pengantin perempuan, dia sangat baik. Tengok muka pun dah tahu. Cuma hari ini wajahnya pucat dan tiada segaris senyuman pun hinggap di situ. Kasihan.

Kemudian, aku lihat kekecohan lagi apabila ada seorang mak cik menyuruh anak lelakinya menggantikan pengantin lelaki yang tak kunjung tiba. Aku kenal lelaki tu, mana tak kenal, setiap kali cuti, aku pergi dating dengan dia. Makan sama-sama, tengok wayang, jalan-jalan. Aku dan dia dah pasang angan-angan nak menjejak jinjang pelamin bersama.

Sumpah. Aku terkejut tapi sekejap je. Dah lama aku tahu, mak bf aku, suka kepada pengantin perempuan namun pengantin telah bertunang dengan orang lain. Tapi, sampai hati mak cik meminta kekasihku menggantikan pengantin lelaki perempuan lain. Entahlah, aku sendiri tak pernah berbual dengan mak z, mestilah dia tak list kan aku dalam pilihan menantu.

Apa kurang aku. Aku diam. Benda jadi depan mata. Kalau korang jadi aku, aku tak tahulah korang paham ke tak apa aku rasa. Aku doa-doa, janganlah z kahwin dengan perempuan tu tapi..
 SEDIH SANGAT TENGOK BOYFRIEND BERSANDING DENGAN PEREMPUAN YANG JAUH LEBIH CANTIK DARI KITA.

LAGI SEDIH BILA BOYFRIEND KITA TAK TOLAK LANGSUNG PELAWAAN MENIKAH DENGAN PEREMPUAN LAIN DEPAN-DEPAN KITA.

SUMPAH. Kalau aku tahu, aku tak pergi majlis nikah tu!

Mak telefon. Mak suruh aku tinggal rumah pengantin dahulu kerana mak aku tak dapat ambil aku petang ni. Ada masalah sedikit dengan kereta. Lagipun, mak pengantin kawan baik mak aku.

Kenapa semua jadi masa bulan Syawal?Kenapa aku?Kenapa sekarang?

Apa perasaan kau tengok orang yang kita sayang, berinai tapi kita tak?

apa perasaan kau bila tengok orang yang kita cinta kahwin dengan orang lain?

apa perasaan dengar orang sekeliling mengusik pengantin yang tersipu malu sedangkan usikan itu patut ditujukan kepada kau dan dia?

Aku memang marah gila kat z, tapi aku tengok dia mesra je dengan isteri dia. ISTERI dia. bukan aku.

Menangis pun tak guna. Tengahari tadi aku ternampak Ipen peluk pinggang isteri dia di dapur.

RASA NAK MENCARUT TAPI.......

bak kata orang, kalau kita sayang orang tu, biarkan dia pergi. jika kita jodoh dia, mesti dia datang balik.

tapi..kecewa sungguh aku dengan z. Aku tak marah perempuan tu. Dia tak salah. Dia tak tahu apa-apa.

tapi z....entahlah.

Kucing mana tolak ikan kan?Lelaki mana tolak perempuan yang cantik,baik....jauh lagi cantik dari aku.

Perempuan tu mirip Lisdawati. Tak lawa pun Lisdawati tu tapi perempuan tu lawa.

Petang tadi, aku terintai bilik tidur mereka. Aku ternampak z cium pipi isteri barunya.

KENAPA AKU NAMPAK?

Memang aku kecewa. Pernah rasa kecewa? Rasa hati kau macam hancur.

Lagi hancur dari kaca yang jatuh kat batu.

menderita. tetapi sekejap je derita ini kerana...













ini adalah mimpi aku malam semalam. Edit sikit-sikit. Kasi umpph.
hahahahahahahhaahaha
habis bowink kot....

3 ulasan:

  1. laaaa..
    ak br nak rasa sedey...
    mimpi je rupenye..
    cesss..

    BalasPadam
  2. owh mimpi..i igtkan tu betul2 jd pd u..:D

    BalasPadam
  3. hehehehe xdew la sje jew...xdew citew nk tulis....

    BalasPadam