so sweet


Ahad, 24 Julai 2011

ia terjadi hanya sekali~dan buat terakhir kalinya.

cinta terhebat terjadi hanya sekali. sekalipun kau rasa ia berulang, namun hakikatnya perasaan tak akan membohongi diri. cuma minda yang memikirkan, mencuba memberitahu bahawa setiap cinta itu hebat secara sendirinya. memang setiap cinta itu punya kehebatan tersendiri, rasa yang berlainan, pengalaman yang membuat kau lebih matang dan berupaya meletakkan kau sebagai seorang yang telah sekali lagi merasai cinta. tapi cinta terhebat, yang teratas, yang paling dikagumi, berlaku hanya sekali. cuma kau yang tak sedari.

perasaan yang bawa kau terbang dari hujung satu dunia ke hujung satu dunia yang lain. dari penjuru ke pejuru, dari tiap sudut ke satu sudut yang lain, segenap jiwa dan raga. cinta terhebat cuma satu.

buat kali terakhirnya, kau buat aku merasa seribu satu emosi dalam kiraan detik yang bagaikan tiada penghabisan. buat kali terakhirnya, kau buat aku menitis air mata kemudian senyum, gelak, ketawa, dan kembali pedih. cuma kau yang mampu membuat demikian. kali ini, buat yang terakhirnya. benci jauh sekali, walaupun dibuang jauh dari hati dan diri, benci itu perasaan paling jauh sekali. fahamlah bahawa sayang itu mungkin rindu, tak bermaksud ingin kembali tetapi mengingat saat waktu-waktu dilalui. aku bukan kejam, bukan mahu kau bergantung pada harapan. kerana aku pernah merasa. tidak pernah sekalipun aku mahukan kau sakit, lebih lagi kerana berpegang kepada cinta. bukan cinta sebarangan.

cinta terhebat.

ia terjadi hanya sekali.

dan buat terakhir kalinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan