so sweet


Isnin, 25 Julai 2011

Mentang-mentanglah kita dah sayang, kita dah cintakan dia… dia fikir, dia boleh buat apa saja! ~


Apabila kita bercerita pasal kesedihan ni berbagai-bagai cara kita bersedih kan, dan berbagai-bagai perkara pula yang orang lakukan kepada kita hingga membuatkan kita tersangat sedih dengan perbuatan mereka… yang kadang-kadang tu tak masuk akal malah langsung tidak mempunyai rasa belas dan kesihan sesama manusia…
Tidak terdetik pun dihati mereka, mungkin kita ni akan teramat kecewa ke… atau mungkin kita akan amat berkecil hati dengan perbuatannya. Malah, bila dia rasa dia nak buat apa-apa, dia buat je lah… tak fikir pun kat kita yang juga punya hati dan perasaan.
Mentang-mentanglah kita dah sayang, kita dah cintakan dia… dia fikir, dia boleh buat apa saja! BIl kita buat kat dia juga, tahu pulak marah dia…
Whatever it is, sebenarnya, setiap kali kita bersedih, 100 KALI LAGI keluarga terdekat kita turut bersedih. Ibu dan bapa kita…adik-beradik, malah kawan-kawan dan teman karib juga ikut bersedih. Sometimes, dalam diam dan tanpa pengetahuan kita…insan-insan terdekat kita inilah yang amat sedih dengan kegagalan kita.
  • Ini selalu berlaku, apabila mereka  benar-benar menyayangi kita, jadi sudah pastinya mereka akan turut bersedih. Sebab itulah, sekiranya kita bercinta dan berkahwin, JANGAN sesekali pinggirkan mereka yang menyayangi kita jauh dari kehidupan kita.
Sekiranya kita berjauhan dari mereka, bukan mereka yang akan 100 kali sedih, kita pulak yang akan beratus-ratus kali sedih apabila kita dihina, dicerca, dikecewakan, apatah lagi ditinggalkan! Lebih-lebih lagi apabila kita keseorangan….fuuuu, sunyi giler hidup ini beb! Kepada siapa kita nak mengadu, nak melalui saat-saat paling down dan amat menyedihkan itu jika tiada siapa yang rapat dengan kita?aq jugak lah tempat you all mengadu…hehe, tambah lah sedih I kat you all.
Kalau boleh, I would suggest 5 perkara… and this is very important ya, apabila mula bercinta tu, yang paling penting :-
  • 1. Sekiranya baru-baru bercinta, dekatkan dia kepada keluarga anda sedari awal. Jika itu tidak disukainya, maka jelaslah dia bukan calon yang baik. So, better avoid dari menjalin apa-apa hubungan kerana in the future, pasti… kesedihan yang amat sangat akan you akan lalui.
  • 2. Sedari awal, kenalkan dia kepada kawan-kawan, teman taulan, lihat cara pergaulannya. Adakah dia ikhlas mahu berkenalan dengan kawan-kawan anda. Dengan cara itu juga ianya akan mengelak diri anda dari mudah dipermainkan. Dapatlah mengelak dari melalui saat kesedihan…
  • 3. Bawa dia melawat saudara mara anda. Jika ada rumah terbuka, atau wedding… masa baru-baru berkenalan itulah, bawa dia bersama. Jika dia tidak segan dan selesa bergaul dengan kesemua kaum keluarga dan sanak saudara… InsyaAllah, sampai selepas kahwin pun dia akan sebegitu.
  • 4. Sekiranya anda berkahwin tetapi tidak pernah cuba untuk merapatkan dia dengan keluarga. Tidak terlewat lagi untuk mencuba. Ingatlah …100 kali sedih ni…adoi, kesian keluarga tau.
  • 5. Last but not least…sebenarnya aq sendiri pun akan turut bersedih jika anda atau ada di antara bloggers, fans and friends yang dikecewakan…dan memang aq akan 100 kali sedih… sedih kerana tidak dapat membantu untuk anda berjaya dan bahagia. Maybe I did try tapi tidak kesampaian… kerana kebanyakan yang datang bertanya atau meminta nasihat selalunya apabila sudah kritikal, most of them sudah terlalu lambat… macamana nak bantu? Sedih be…sangat sedih…So, kalau boleh awal-awal tu selalu-selalu lah bertanya pendapat orang-orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman. Okay… jangan tunggu dah hancur berderai baru nak meminta pandangan…
Well, life goes on…sedih beratus kali sedih pun we have to move on. Continue with our life’s kan…hopefully along the way kita bisa bertemu kebahagiaan yang sejati. But please la, jangan sesekali pinggirkan keluarga dan kawan-kawan yang selama ini menyokong kita….
“CINTA MEMBAWA MAKSUD MEMBINA SEBUAH KELUARGA… JIKA KEBAHAGIAAN KELUARGA YANG SEDIA ADA KITA SENDIRI HANCURKAN, SEDARI AWAL TIADA PUN CINTA UNTUK KITA BINA KAN”
Di sini I doakan you ALL semua semoga bahagia-bahagia selalu bersama atau tidak bersama insan tercinta. Kerana doa untuk kebahagiaan sesama manusia itulah satu doa yang sangat mulia di sisi Allah s.w.t
All the best and good luck!

Dia bukanlah orang yang terakhir kau cintai~

 “Dia bukanlah orang yang terakhir kau cintai, dan bukan hanya satu cinta itu sahaja yang kau akan bercinta.”
 Selalu sangat, apabila seseorang itu yang pernah jatuh cinta dan kemudian dikecewakan cinta, akan memberitahu orang di sekelilingnya dan juga kepada dirinya sendiri yang bekas pasangannya itulah yang terhebat :
“Dialah yang terbaik, tiada lagi orang sepertinya. Tiada siapa yang dapat menggantikan cintanya yang luhur, hatinya yang lembut, layanannya yang terbaik dan perangainya yang lucu dan menawan hati! Dia The Best!”
Tidak kah pelik? Walau dikecewakan, walau dibiarkan begitu saja, walau sengsara hidup TETAP… yang mengecewakan dia itulah yang terbaik, cinta yang suci dan luhur!
  • Kalau baik sangat pasal apa dia kecewakan anda?! Kalau suci sangat pasal apa anda ditinggalkan? Kalau hatinya lembut dan baik, mengapa sanggup membiarkan diri anda terseksa?
Jelas sekali dia TIDAK BAIK, habis cerita!
Now, apa yang penting di sini untuk kita semua fikirkan dan renungkan sejenak adalah… “BUKAN HANYA SATU CINTA” - Maksud Bro Razzi di sini adalah, di dalam hidup kita ini, sepanjang perjalanan mengorak langkah di dalam semak, onak dan duri kehidupan ini… BANYAK cinta yang kita akan temui, percayalah! ;)
Jangan lah kita hanya menganggap cinta dia seorang itu lah yang satu-satunya cinta. Maka kalau tak menjadi dengan dia, tak ada lagi lah peluang anda untuk bahagia bersama pasangan yang lain?!
Dari pengalaman I sendiri, kita akan bercinta dan kecewa dan bercinta kembali, kemudian berkali-kali lagilah kecewa, berkali-kali lagilah putaran percintaaan itu sebelum kita bertemu dengan cinta yang sebenarnya cinta. Iaitu cinta sejati, TRUE LOVE!
So, for the mean time tu, kita cuba kenali pasangan kita sebanyak-banyak yang mungkin. Ketahui tabiaatnya, kenali cara pemikirannya, fahami keputusannya. Dari sini lah dalam sedar dan tak sedar kita mengembara mengenali erti percintaan yang sebenar. Dari sinilah kita mulai perlahan-lahan belajar erti bertolak ansur. Dari kekecewaan kita akan kenal pasangan yang mana lebih baik lagi, dari kegagalan kita mengenal orang yang mana patut kita kahwini.
YANG PENTING : JANGAN PUTUS ASA! Berkenalan lah dengan sesiapa sahaja yang menarik dan baik pada pandangan anda. Kemudian, jangan pula cepat jatuh cinta dan jika bercinta jangan pula beri habis keseluruhan cinta anda, simpan sedikit untuk anda cintai diri sendiri.
“Bercinta dan terus bercinta walau beberapa kali gagal sekali pun.” You know, apa selalu berlaku pada I, setiap kali I breaks?, the next person yang I jumpa selalunya yang lebih baik dari yang sebelumnya. So, JANGAN sesekali menganggap cinta bekas kekasih anda itu sahajalah yang terbaik, kerana…
“Dia bukanlah orang yang terakhir kau cintai, dan bukan hanya satu cinta itu sahaja yang kau akan bercinta…RAMAI!”

Ahad, 24 Julai 2011

ia terjadi hanya sekali~dan buat terakhir kalinya.

cinta terhebat terjadi hanya sekali. sekalipun kau rasa ia berulang, namun hakikatnya perasaan tak akan membohongi diri. cuma minda yang memikirkan, mencuba memberitahu bahawa setiap cinta itu hebat secara sendirinya. memang setiap cinta itu punya kehebatan tersendiri, rasa yang berlainan, pengalaman yang membuat kau lebih matang dan berupaya meletakkan kau sebagai seorang yang telah sekali lagi merasai cinta. tapi cinta terhebat, yang teratas, yang paling dikagumi, berlaku hanya sekali. cuma kau yang tak sedari.

perasaan yang bawa kau terbang dari hujung satu dunia ke hujung satu dunia yang lain. dari penjuru ke pejuru, dari tiap sudut ke satu sudut yang lain, segenap jiwa dan raga. cinta terhebat cuma satu.

buat kali terakhirnya, kau buat aku merasa seribu satu emosi dalam kiraan detik yang bagaikan tiada penghabisan. buat kali terakhirnya, kau buat aku menitis air mata kemudian senyum, gelak, ketawa, dan kembali pedih. cuma kau yang mampu membuat demikian. kali ini, buat yang terakhirnya. benci jauh sekali, walaupun dibuang jauh dari hati dan diri, benci itu perasaan paling jauh sekali. fahamlah bahawa sayang itu mungkin rindu, tak bermaksud ingin kembali tetapi mengingat saat waktu-waktu dilalui. aku bukan kejam, bukan mahu kau bergantung pada harapan. kerana aku pernah merasa. tidak pernah sekalipun aku mahukan kau sakit, lebih lagi kerana berpegang kepada cinta. bukan cinta sebarangan.

cinta terhebat.

ia terjadi hanya sekali.

dan buat terakhir kalinya.

angan-angan dan mimpi itu indah~

angan-angan dan mimpi itu indah
seperti layang-layang dan bintang
hati tak bisa berkata-kata, hanya perasaan bisa diluah
kalau berpegang pada mimpi takut jatuh
pada janji mungkin sakit
percaya satu, hati tak mudah goyah
namun janji bisa berubah
tenung mataku dan lihat, jawapan itu ada.

jangan takut pada apa yang kau percaya
takkan lemah hati kerana cinta
takkan jatuh tanpa bangkit semula
kalau tidak seperti yang kau jangka
mungkin belum tiba waktunya
semua cerita akan terurai
satu perjalanan yang selesai, telah ditemui kesudahannya.

awk iyer2 citer mslh awk~

  
hari nie..sy knl awk..awk iyer2 citer mslh awk...mgadu yg hidup awk x pnh bhgia brsma dia..hari2 sy jdi a go0d listener untuk awk..hari2 sy spent time untuk awk..sbb bg sy..wlaupon sy hnya kwn awk..tapi at least..sy blh mngembirakn awk..sy x pnh mghrp untuk satu hbngn yg jauh..n sy x pnh mgimpikn hbngn itu..niat sy ikhlas..tapi hari makin hri..awk ade dgn sy n dgn hrpn yg x ptus2..smpai sy SAYANG awk lbih dri s0rg kwn..but stu hri..sy d ganggu..rupanya...itu gf awk..tuhan..tuhan 2 maha adil..sy trsungkur..ya allh..sy tertipu..dia gf awk..wlaupom awk kata awk x pnh bhgia brsma dia..tapi awk telh brsma dia untuk 3 thun..tdk mgkin awk akn buang dia trus dri hidup awk hnya krna sy..mmg awk keliru..tapi awk da menipu sy..sy relakn awk pergi dri hidup sy meskipun sy akn mnderita akibt knangn brsma awk..tapi sy bhgia untuk awk n dia..ini kngn hidup sy yg smpai ke saat ini..x pnh pdm..smpai saat nie..sy msih merindui awk..menangisi kepergian awk meskipun sy terpksa berpura2 bhgia d dpn awk.

Hingga akhir nafasku~

Berikanlah aku
Sesuatu yang meyakinkan
Sesuatu yang takkan hilang
Yang terbaik untuk diriku
Tuk hidupku

Hulurkan tanganmu
Berikan ku keyakinan
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu
Terindah

Hingga akhir nanti
Ku hargai semua ini
Yang terindah
Yang tercipta
Dalam hidupku
Kisah hidup ini
Hingga ke akhir nafasku
Kan menjadi sejarah
Dalam hidupku

Takkan kau fahami
Apa yang tersirat di hati
Masa pantas berlalu pergi
Kenangan kan tetap di hati
Dihargai

Suatu hari nanti
Detik waktu kan terhenti
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu terindah

#Dalam hidup tak semua orang akan suka kita#


Dalam hidup, tak semua orang akan suka kita.

Bila orang tak suka kita, kadang-kadang kita akan rasa sedih.

Kita akan tanya, "Kenapa dia tak suka kita? Apa kita dah buat? Jahat sangat ke kita sampai dia tak suka?"

Dalam hidup saya, saya dah jumpa ramai orang yang depan saya sangat baik, tapi belakang saya dia cakap macam-macam.

Apa perasaan saya?

Makin saya dewasa, makin saya belajar yang tak semua orang perlu suka kita. Sebab kita pun tidak dilahirkan sempurna. Jadi, ada orang yang mungkin tidak boleh terima sesuatu yang kita buat atau perkatakan.

Makin saya dewasa, makin saya belajar yang lagi ramai orang yang kutuk saya, lagi banyak pahala yang dapat saya kumpul. Jadi tidak ada sebab untuk saya bersedih.

Makin saya dewasa, makin saya sedar yang orang yang patut kita risau tak suka kita, adalah orang yang memberi makna dalam hidup kita.

Bila orang tak suka saya, saya tak suka membalas dengan melahirkan perasaan yang sama terhadap orang itu. Sebab saya tak suka hati saya dipenuhi perasaan benci dan marah. Sebab bila hati kita dipenuhi perkara2 kotor seperti itu, makin mudah untuk syaitan merosakkan hati kita lagi. Dan bila itu terjadi, kita akan jadi seorang yang tidak disukai Allah dan Rasulullah. Inilah perkara yang patut buat kita sedih.

Kalau awak tak suka saya, tiada apa yang boleh saya lakukan selain meminta maaf. Awak pasti ada sebab mengapa awak tak suka saya. Saya harap awak boleh terima permintaan maaf saya sebab kalau boleh, saya nak hidup awak sentiasa tenang. Hidup dalam perasaan marah dan benci hanya akan membuatkan awak menjadi seorang yang lemah dan tidak gembira.

Bila saya kata saya tak kisah orang tak suka saya, orang ingat saya tak kisah tentang perasaan orang lain. Saya minta maaf jika pendirian saya disalah tafsir. Bukan saya tidak kisah, cuma saya tidak punya masa untuk memikirkan siapa yang benci saya dan siapa tidak. Sebab awak dan saya tahu, hidup ini singkat. Saya harap, jika awak tak suka saya di dunia, kita boleh berbaik di syurga bila kita berjumpa semula nanti. Kerana saya tahu, awak sebenarnya seorang manusia yang baik. :)

Jika ada di luar sana yang merasa sedih kerana ada orang yang tidak suka pada diri, ingatlah, sedangkan Rasulullah yang sempurna akhlak dan sifat pun dibenci dan dikhianati sehingga kini, apatah pula kita manusia yang lemah.

Semoga kita semua hidup dalam keadaan sayang menyayangi, dan hanya mahukan yang terbaik untuk semua.

Ameeen...

Ahad, 17 Julai 2011

"Tolong jaga mata saya baik-baik..."

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, "Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat." Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.
Kekasihnya bertanya, "Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?" Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. "Tolong jaga mata saya baik-baik..."
  cInTa hAtI iNi aDaLah MiLiKmU sELamAnYa sAyAng 

Hidup umpama roda~

Setiap hari, kita melalui peredaran masa siang dan malam. Kadang-kala itu, kita juga lihat bagaimana langit yang pada awalnya cerah, biru dan bersih tiba-tiba menjadi gelap bersama tiupan angin yang kencang. Ianya samalah seperti kehidupan kita dalam berpasangan. Adakala tenang setenang-tenangnya dan adakalanya berombak kuat porak peranda. Sesetengah orang ada kata,
"Hidup umpama roda. Kadang-kala kita di atas. Kadang-kala kita di bawah."
Memang tipulah kalau saya katakan yang saya tidak pernah berselisih faham dengan die. Mesti akan adanya sedikit sebanyak masalah yang timbul apabila kami bersama. Kadang-kala isu yang kecil pun boleh menjadikan kita "kurang mesra" bersama dengan pasangan kita.
Tetapi apabila timbul isu seperti ini, kita perlulah sedar dan segera bertolak ansur antara satu sama lain. Ini kerana, apabila berlaku sesuatu percanggahan janganlah kita biarkan ia menjadi lebih besar. Takut nanti akan lebih memudaratkan keadaan. Tetapi, bagaimanakah caranya?

Cara yang terbaik adalah berdiam sebentar. Kita biarkan diri kita tenang dan relax sebelum kita berbincang semula mengenai masalah yang timbul itu. Ini juga dapat memberikan si dia masa untuk turut berfikir mengenai kesilapan yang mungkin dilakukan oleh dirinya sehingga tercetusnya perbalahan.
Dengan cara ini, kedua-dua belah pihak dapat memberikan jalan penyelesaian yang terbaik bagi menjaga hubungan mereka. Tetapi, janganlah menjadikan penyelesaian yang bakal diambil itu sebagai bahan api yang memarakkan lagi masalah yang ada. Kita kenalah bersikap matang dan terbuka dalam menerima pendapat si dia.
Jadi, diharapkan dengan tips ini, dapat memberikan anda sedikit sebanyak idea untuk menyelesaikan masalah dengan pasangan anda. Ianya juga boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah dengan orang lain seperti rakan sekerja, bos kita ataupun dengan sesiapa sahaja.
Bagaimana pula dengan anda? Sekiranya anda sedang "kurang mesra" dengan kekasih, apakah tindakan yang anda lakukan?

Rabu, 13 Julai 2011

Macam mana kita nak buat kalau dia tengah merajuk dengan kite~ klau die xjawab kol? cmne...!

Macam mana kita nak buat kalau bila kita call dia je kan, dia tak angkat. Lagi-lagi masa tu dia tengah merajuk dengan kita. Dah berkali-kali ni kita call, dia tak nak angkat jugak. So apa yang perlu kita lakukan.
1. Berikan dia masa untuk bertenang. Selalunya orang yang merajuk ni memang payah nak pujuk. Habis jenuh kita call pun tak guna. So lebih baik berikan dia masa untuk dia rileks dan tenangkan perasaan dia.
2. Hantarkan mesej-mesej pujukan manja supaya hati dia akan lembut semula. Memang dia tidak angkat call kita tetapi dia mesti akan baca mesej-mesej yang kita bagi punya.
3. Ucapkan kata-kata maaf bahawa memang diri kita yang salah. Selalunya dia tak angkat call disebabkan dia merajuk atau tidak suka dengan perbuatan kita. Oleh itu, minta maaf lah dengan dia. Tak salahkan kalau kita nak mohon maaf?
4. Kalau dia tak angkat jugak, maybe dia ada masalah atau ada kerja yang perlu diselesaikan dan tak sempat untuk bagitahu kita. So berikan la dia masa untuk dia menyelesaikan kerja-kerja dia. Kalau boleh, hantar la mesej cakap yang kita nak temankan dia buat kerja sama-sama. :D
5. Untuk yang no 5 ni saya nak anda pulak berikan tips-tips bagaimana nak buat kalau dia tak jawab call. Sila la berikan tips anda melalui komen di bawah ini.
         

Tapi kalau dia off telefon, kita janganlah berputus asa. Tunjukkan bahawa kita memang sayang dan cinta pada dia.

Maafkan aku kerana terlalu menyayangi insan Sepertimu…~

Kau bukan milikku, dah ku tahu segalanya…
Namun hati ini dah terukir namamu…
Mana mungkin aku mampu hapuskan
Ukiran namamu dihatiku…
Pedihnya sekadar menjadi penyinta bisu,
Lebih pedih bila tahu kau milik seseorang…
Aku tak mampu lakukan apa-apa…
Hatimu tak mungkin dapat kutakluki…
Aku sedar hati aku milikmu….
Tapi hatimu miliknya…

Jangan hantui hidupku lagi dengan
Bayanganmu…kerna hatiku luluh…
Jangan muncul dalam kotak ingatanku…
Walaupun hidupku bakal bergelap tanpa dirimu…
Tapi biarlah…
Daripada aku terus berendam air mata…
Sesuatu yang bukan milikku…
Takkan pernah jadi milikku…
Selamanya…
Maafkan aku kerana terlalu menyayangi insan
Sepertimu…
Maafkan aku kerana terlalu mengimpikan
Dirimu jadi milikku…
Moga kau bahagia bersamanya…
Selamanya…

Isnin, 11 Julai 2011

Hidup adalah warna warni~


Hidup adalah warna warni
Jika datang cinta selalu
Menuntut pengorbanan
Sejak manusia pertama
Aku adalah pencinta biasa
Yang dengan hati mencintaimu
Mencinta dengan caraku
Cinta yang mengharapkan setia
Cinta tanpa kata-kata
Cinta seperti embun dan pagi
Cinta seperti bulan dan bintang
Cinta seperti api dan bara

Kamu telah ku pilih untuk cintaku
Bukan cinta untuk melampiaskan nafsu semata-mata
Bukan cinta untuk saling berdusta
Tapi cinta untuk meraih bahagia
Ku nikmati semua waktu yang ada
Walau hanya dalam dunia maya kita bersua
Walau hanya dalam nada mendengar suara
Nurani ku menyimpan harapan menjadi nyata
Serta berharap dapat menikahimu untuk selamanya

langit dan laut saling jatuh cinta~


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Apa makna "SETIA"?


Cinta?
Kenapa mesti bercinta kalau kita tak tahu menghargai cinta...
Saya ialah seorang perempuaan yang sedang betul-betul kecewa sekarang ini kerana cinta, bayangkan, saya sanggup buat apa saja untuk memiliki hati dia, hinggakan sanggup lupakan kepentingan diri dan buang semua ego saya untuk cuba selamatkan hubungan saya dan dia, tapi at last ini balasan yang saya dapat... Dia tinggalkan saya untukperempuaan  lain yang lebih berharta... Tapi tak mengapa, mungkin ini adalah ujian atau rahmat daripada tuhan untuk saya...
Kasih sayang dan percaya satu sama lain adalah satu perkara yang wajib ada dalam bercinta... Percayalah kalau tak ada 2 perkara ni, janganlah bercinta... Sebab kita akan kecewa akhirnya... Dan yang paling penting ialah "SETIA" pada dia, jangan terlintas sedikit pun perasaan untuk tinggalkan dia atas sebab2 yang remeh temeh...

Surat Cinta Lawak dan Sadis~

"Valentine hari tu ayang tanya tang mane
kite sayang kat ayang. Time
tu kite tak dapat nak jawab. Semalam
ayang merajuk ngan kite, kite dah
penat nak layan. Ayang call kat kite
kite malas nak jawab. Tang mane
erk kite sayang kat ayang? Semalaman
kite duk pk soalan tu. Pernah ke?
Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj
Mahal. Sayang kite kat ayang
sangatla kerdil. Sebab tu la ayang
selalu merajuk erk? Tak tahula,
setahu kite:
1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap
sem kite dapat Anugerah Dekan.
Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem
kite repeat paper. Sebelum kenal
ngan ayang kite belajar pakai duit
biasiswa, lepas kenal ngan ayang,
keluar makan lagi nak mintak duit ngan
emak kite.
2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je
kat ayang Kalau ade 2 buah
epal, kita bagi yang besar kat ayang.
3. Kalau kite makan ikan, ayang makan
tang badan ikan tu, kite pula
makan tang kepala ikan tu je.
4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite
tak pernah kutuk ayang tak
cun. Tapi kite yang hensem ni ayang lagi
nak kutuk ngan member depan
kite, kata kite tak hensem langsung.
Eera Fazira berlalu depan mata,
kite diam je. Takut kalau puji kang
ayang marah. Mat Indon duk depan
Sogo ayang gi ngorat time kite gi
tandas. Siap mintak nombor tepon
depan kite lagi.
5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe
nak makan Starbucks, kite
tipu kite dah kenyang, padahal bile dah
sampai kat umah kite makan mee
maggi.
6. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak
pernah ade girlfriend. Selepas
ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi
ayang ada 20 boyfriend
kesemua nya. Kite tak pernah marah ayang
plagirl, dah tu ayang kata
kite cam sami buddha.
7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang
cium terus tak pernah tanya
pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang,
lepas tanye lagi nak kene
reject.
8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar
muka kite, cubit peha kite,
kite tak pernah tengking sekali pun,
apatah lagi nak cubit, nak
tampar, nak pukul?
9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh
cinta ngan laki lain, kite nak
buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki
tu. Tapi bile kite tanya kalau
kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang
nak buat ape, ayang kata nak
bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan
nenek kite.
10. Kite beli mask Clinique ngan ayang
harga RM300 kite kate harga
RM30. Ayang beli jam tangan kat kite
harga RM30 ayang kate harga
RM300.
11. Setiap kali berjumpe kite bagi
hadiah kat ayang, tapi setiap tahun
birthday kite ayang kate dah lupe.
12. Kite rosakkan headphone walkmen
ayang, kite ganti satu discman
baru. Ayang rosakkan kerete kite, ayang
buat derk je.
13. Sekali ayang demam, kite kene diet
2kg nak jaga ayang. Sekali kite
demam, ayang tambah berat 2kg sebab
abiskan makanan kite.
14. Kite tak pernah kata ayang pendek,
ayang marah kite tinggi sangat,
member ayang ketawakan ayang.
15. Ayang datang umah kite, kite tido
sofa, kite datang umah ayang,
kite gak yang tido kat sofa.
16. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan
ayang. Mak ayang tak pernah
ajak kite makan kat umah ayang walau
sekalipun.
17. Kucing umah kite bersalin, kite bagi
anak kucing yang paling cute
kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing
tu dah mati. Ayang tak kate pa
pe pun. Ayang bagi ikan emas yang dah
dekat mati kat kite, 2 hari kite
bela dah mati. Ayang kata nak bunuh
semua anak kucing kite.
18. Ayang kalau nak pakai duit kite,
terus ambil takyah bagitau. 30 ke
80 ke seratus ke selagi wallet kite ade
duit. Aritu kite nak pinjam 10
ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang
kate kite kedekut.
19. Birthday ayang kite tak pernah
terlupe. Birthday kite arini ayang
tak pernah ingat.

Di Mana Cinta?

Kisah Cinta
MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN
ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..
HAYATI...

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka...

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata


"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

"Sayang!

Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Ahad, 10 Julai 2011

SEDIH SANGAT TENGOK BOYFRIEND BERSANDING DENGAN PEREMPUAN YANG JAUH LEBIH CANTIK DARI KITA.


Habis kecoh satu rumah bila pengantin lelaki tak muncul tiba. Aku pun tumpang panik. Selalu tengok dalam cerekarama je tapi kali ni jadi betul-betul depan mata aku.

Sedih tengok pengantin perempuan. Cantik, baik, anggun pula berbusana pengantin. Aku kenal pengantin perempuan, dia sangat baik. Tengok muka pun dah tahu. Cuma hari ini wajahnya pucat dan tiada segaris senyuman pun hinggap di situ. Kasihan.

Kemudian, aku lihat kekecohan lagi apabila ada seorang mak cik menyuruh anak lelakinya menggantikan pengantin lelaki yang tak kunjung tiba. Aku kenal lelaki tu, mana tak kenal, setiap kali cuti, aku pergi dating dengan dia. Makan sama-sama, tengok wayang, jalan-jalan. Aku dan dia dah pasang angan-angan nak menjejak jinjang pelamin bersama.

Sumpah. Aku terkejut tapi sekejap je. Dah lama aku tahu, mak bf aku, suka kepada pengantin perempuan namun pengantin telah bertunang dengan orang lain. Tapi, sampai hati mak cik meminta kekasihku menggantikan pengantin lelaki perempuan lain. Entahlah, aku sendiri tak pernah berbual dengan mak z, mestilah dia tak list kan aku dalam pilihan menantu.

Apa kurang aku. Aku diam. Benda jadi depan mata. Kalau korang jadi aku, aku tak tahulah korang paham ke tak apa aku rasa. Aku doa-doa, janganlah z kahwin dengan perempuan tu tapi..
 SEDIH SANGAT TENGOK BOYFRIEND BERSANDING DENGAN PEREMPUAN YANG JAUH LEBIH CANTIK DARI KITA.

LAGI SEDIH BILA BOYFRIEND KITA TAK TOLAK LANGSUNG PELAWAAN MENIKAH DENGAN PEREMPUAN LAIN DEPAN-DEPAN KITA.

SUMPAH. Kalau aku tahu, aku tak pergi majlis nikah tu!

Mak telefon. Mak suruh aku tinggal rumah pengantin dahulu kerana mak aku tak dapat ambil aku petang ni. Ada masalah sedikit dengan kereta. Lagipun, mak pengantin kawan baik mak aku.

Kenapa semua jadi masa bulan Syawal?Kenapa aku?Kenapa sekarang?

Apa perasaan kau tengok orang yang kita sayang, berinai tapi kita tak?

apa perasaan kau bila tengok orang yang kita cinta kahwin dengan orang lain?

apa perasaan dengar orang sekeliling mengusik pengantin yang tersipu malu sedangkan usikan itu patut ditujukan kepada kau dan dia?

Aku memang marah gila kat z, tapi aku tengok dia mesra je dengan isteri dia. ISTERI dia. bukan aku.

Menangis pun tak guna. Tengahari tadi aku ternampak Ipen peluk pinggang isteri dia di dapur.

RASA NAK MENCARUT TAPI.......

bak kata orang, kalau kita sayang orang tu, biarkan dia pergi. jika kita jodoh dia, mesti dia datang balik.

tapi..kecewa sungguh aku dengan z. Aku tak marah perempuan tu. Dia tak salah. Dia tak tahu apa-apa.

tapi z....entahlah.

Kucing mana tolak ikan kan?Lelaki mana tolak perempuan yang cantik,baik....jauh lagi cantik dari aku.

Perempuan tu mirip Lisdawati. Tak lawa pun Lisdawati tu tapi perempuan tu lawa.

Petang tadi, aku terintai bilik tidur mereka. Aku ternampak z cium pipi isteri barunya.

KENAPA AKU NAMPAK?

Memang aku kecewa. Pernah rasa kecewa? Rasa hati kau macam hancur.

Lagi hancur dari kaca yang jatuh kat batu.

menderita. tetapi sekejap je derita ini kerana...













ini adalah mimpi aku malam semalam. Edit sikit-sikit. Kasi umpph.
hahahahahahahhaahaha
habis bowink kot....

Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu~


Amin ya rabbal alamin..Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

Amin ya rabbal alamin..

Sabtu, 9 Julai 2011

Nama mu seindah lelaki pujaan~

Ingin ku pohon agar kau Bahagia di sana Namun apakan daya diri Ku tetap lemah Membayangkan kini diri kau telah tiada Demi sebuah janji ku turutkan jua Nama mu seindah lelaki pujaan Pergi mu kini tinggal kenangan Aku redha dengan ketentuan ilahi Kau pergi tinggalkan sebuah persoalan yang tidak mungkin Dapat aku bongkar Aku pasrah
Aku takkan mungkiri janji daku Untuk kamu aku setia hidupkan semula memori Walaupun pahit hendak di telan Bagi ku kau tetap kekasihku  

HANYA BERHARAP YANG AWAK AKAN TERIMA SAYA KEMBALI WALAUPUN KAWAN - KAWAN SAYA MEMBENCI AWAK , TETAPI SAYA TAK SAYA TAU AWAK LAIN ORANGNYA SAYA MINTAK , AWAK JANGAN HAMPAKAN DIRI INI YANG SEKIAN LAMA MENUNGGU AWAK